Pages

Wednesday 30 May 2012

Rahsia Al-Quran tentang US WTC

Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah??? 
Dalam  Al-Quran Surah At-Taubah : 109. "Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim"
Disitu disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang- orang yang zalim. WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebagai  "ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.
Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut.  Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.
Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!!  Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada 2001 ayat!!! 
Subhaanallah.. Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inikah mukjizat Al-Quran?  Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang. Renung-renungkan lah wahai saudara-saudaraku.