Pages

Wednesday, 4 April 2012

Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa Kita



Rasulullah SAW pernah bersabda : 
"Setiap pagi hadiahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari

Huraian hadith: 
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada ) 
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati) 
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT 
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2) 
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT. 

Kesimpulannya: 
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari 
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) 

InsyaAllah.. Berusaha dan bertawakal.
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dan sebagainya.. Tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.

Mari kita cuba... Allahhuakhbar!!

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya : 
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, dan lindungilah mereka, Amin." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup) 

Untuk yang sudah meninggal :
 "YA ALLAH YA TUHANKU, ampunilah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman. 

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah..

0 comments:

Post a Comment