surah ibrahim ayat 40 dan 41 - bg seronok solat
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
Monday, 20 June 2016
Cara Mengajar Anak Menghafal Al Qur'an Sejak Kecil
![]() |
Cara Mengajarkan Anak Menghafal Al Qur'an Sejak Kecil |
1. Bayi (0-2 tahun)
-Bacakan Al Qur'an dari surat Al fatihah
-Tiap hari 4 kali waktu (pagi, siang, sore, malam)
-Tiap 1 waktu satu surat diulang 3x
-Setelah hari ke-5 ganti surat An Naas dengan metode yang sama
-Tiap 1 waktu surat yg lain-lain diulang 1x2
-Tiap hari 4 kali waktu (pagi, siang, sore, malam)
-Tiap 1 waktu satu surat diulang 3x
-Setelah hari ke-5 ganti surat An Naas dengan metode yang sama
-Tiap 1 waktu surat yg lain-lain diulang 1x2
2. Diatas 2 tahun
-Metode sama denga teknik pengajaran bayi. Jika kemampuan mengucapkan kurang, maka tambah waktu menghafalnya, mis dari 5 hari menjadi 7 hari
-Sering dengarkan murattal
-Sering dengarkan murattal
3. Diatas 4 tahun
-Mulai atur konsentrasi dan waktu untuk menghafal serius
-Ajari muraja'ah sendiri
-Ajari menghafal sendiri
-Selalu dimotivasi supaya semagat selalu terjaga
-Waktumenghafal 3-4x perhari
Allaahummaj'alna fii ahli Qur'an , Allaahumma baarik fi auladina wa dzurriiyatina bil Qur'an, Allaahummarzuqna istiqomah fi tilawatil wa hifzil Qur'an...wa adhilna fi jannati fi Qur'an...Aamiin Allaahumma Aamiin
-Ajari muraja'ah sendiri
-Ajari menghafal sendiri
-Selalu dimotivasi supaya semagat selalu terjaga
-Waktumenghafal 3-4x perhari
Allaahummaj'alna fii ahli Qur'an , Allaahumma baarik fi auladina wa dzurriiyatina bil Qur'an, Allaahummarzuqna istiqomah fi tilawatil wa hifzil Qur'an...wa adhilna fi jannati fi Qur'an...Aamiin Allaahumma Aamiin
Saturday, 13 December 2014
Rahsia Solat 5 Waktu
![]() |
Rahsia Solat 5 Waktu |
Rahsia Solat 5 waktu Sehari
Semalam
LEPAS NI TAK NAK SOLAT LAMBAT LAGI!
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.
Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!
Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh..
Saturday, 5 July 2014
14 Kelebihan Surah Yassin
![]() |
14 Kelebihan Surah Yassin |
- Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang
- Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
- Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
- Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
- Jika terpenjara akan dibebaskan.
- Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
- Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
- Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
- Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
- Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
- Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
- Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
- Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
- Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian.
Sunday, 27 October 2013
Friday, 11 October 2013
Malaikat Ketika Sakit dan Sembuh
Sesungguhnya, apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat untuk :
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3.Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka itu kepada hambaNya.
Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Maha Mulia dan Maha Penyanyangnya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.
1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3.Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA
Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka itu kepada hambaNya.
Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Maha Mulia dan Maha Penyanyangnya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.
Ayat dan Kaifiat Bismillah 5
![]() |
Ayat dan Kaifiat Bismillah 5 |
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
Maksudnya:
1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan.
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan.
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik.
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya
akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.
Antara fadhilat Bismillah 5 ialah:
* Penawar bisa diri.
* Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang.
* Penawar bisa-bisa badan.
* Penawar sakit perut.
* Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.
Cara Merawat:
Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air. Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh disentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar disentuh, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan i’tikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yang sakit.
Dengan izin Allah, mudah-mudahan sembuh penyakit yang dihidapi. Kita hanya mampu berdoa dan berikhtiar serta bertawakal, Allah jua Yang Maha Penyembuh.
Tuesday, 1 October 2013
Monday, 26 August 2013
Nasihat Kubur
![]() |
NASIHAT KUBUR |
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Dipersilakan untuk SHARE. Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan-pesanan antara kita semua. :)
Monday, 22 July 2013
Thursday, 15 November 2012
Tuesday, 30 October 2012
Keburukan Lelaki dan Wanita Melancap (18sx)
Onani : Lelaki
Onani atau melancap, sebagai suatu cara melepaskan syahwat pasti dilalui oleh setiap lelaki menjelang dewasa. Selain dari kesan negatif psikologi,perbuatan melancap mengakibatkan kehilangan tenaga, nutrien dan zat dari tubuh.
Terdapat satu lagi sebab mengapa melancap tetap tidak sihat. Jika anda biasa dengan Foot Reflexology, anda akan tahu bahawa tapak kaki mengandungi urat saraf dan meridian yang menghubungkannya dengan berbagai-bagai bahagian badan. Anda juga akan tahu yang dengan mengurut tapak kaki, anda dapat membawa tenaga kepada organ yang berkaitan.
Zakar, seperti tapak kaki, juga mempunyai takat reflexology yang berkenaan dengan organ. Cuba perhatikan gambarajah zon reflexology zakar:
Zon jantung zakar - kepala zakar - adalah yang paling sensitif dan paling mudah dirangsang untuk mencapai orgasma. Semasa melancap zon inilah yang paling mendapat rangsangan berbanding zon- zon lain. Ini bermakan rangsangan yang lebih ke atas organ yang berkaitan, Jantung, akan menyebabkakn tenaga dalaman disebarkan dengan tidak seimbang.
Blowjob
Sepasang suami isteri telah datang menemui seorang tabib selepas suami itu telah mengalami apa dia fikirkan adalah suatu serangan penyakit jantung.Dia dihantar secara langsung ke hospital di mana kakitangan memeriksanya,merasa tidak apa-apa salah dengannya, dan menghantarnya pulang. Pasangan itu tidak puas hati. Mereka menemui tabib tadi untuk mendapatkan sebab munasabah atas masalah itu.
Tabib pun bertanya mereka "serangan penyakit jantung" bila telah terjadi dan mereka membalas bahawa ia telah terjadi pada lebih kurang jam sembilan pada waktu malam. Kemudian dia bertanya kepada mereka apa mereka telah
lakukan menjelang ia terjadi, dan mereka membalas bahawa mereka telah berasmara berulang-ulang kali.
"Bagaimana cara anda bersenggama" ? dia bertanya. Pasangan tersebut merasakan mereka tidak perlu memberi 'detail' dan membalas bahawa mereka "hanya bersetubuh" (perasaan malu dan Ego sentiasa menyulitkan pemulihan kesihatan). Ketika tabib itu menekan bahawa penting baginya untuk mengenali betul-betul bagaimana mereka telah bersenggama, wanita mengakui bahawa dia
telah "menghisap". "Anda menghisap bahagian yang mana" ? dia mendesak. Setelah digelabahkan, wanita membalas bahawa dia telah menjilat dan menghisap kepala zakar dan tiba-tiba suaminya mengalami " serangan penyakit jantung".
Tabib tersebut menasihatkan mereka supaya jangan mengulanginya. Dia menerangkan kepada mereka iaitu dengan menghisap kepala zakar suaminya,wanita tersebut telah merangsang jantung dan paru- paru suaminya. Dan yang rangsangan seperti itu adalah lebih daripada yang boleh dikendalikan oleh si-suami.
Apa yang mereka sangkakan suatu serangan sakit jantung sebenarnya adalah degupan yang dipercepatkan oleh "urutan reflexology" si-isteri yang menghisap kepala zakar suaminya. Kesan yang tidak seimbang ke atas organ yang berkaitan yakni paru-paru dan jantung.
Rangsangan zakar yang tidak-seimbang adalah berbahaya. Anda harus mengelak daripada menggunakan rangsangan terlalu banyak di sebahagian zakar. Anda mesti memelihara keseimbangan. Sudah tentu, setiap orang berbeza, maka anda mesti membuat eksperimen untuk mendapat tahu apakah jumlah rangsangan yang betul untuk anda.
Cara melancap yang tidak terkawal dapat menjadi merbahaya atas sebab yang sama. Ketika melancap kebanyakan lelaki tertumpu kepada sebuah penempatan khusus zakar, penempatan yang adalah kebanyakan erotogenic. Dengan tidak sengaja, lelaki ini merangsang hanya sebahagian badan sahaja melalui rangsangan yang tertumpu pada suatu zon tertentu reflexology.
Ketika seorang lelaki melancap, dia harus memberi perhatian sama kepada seluruh zakar, kepala dan batang. Bila melancap dengan suatu cara yang seimbang, dia dapat merancap sebanyak mana yang dia suka tanpa merosakkan tubuhnya - kecuali jika dia inzal ( mengeluarkan mani)
Seperti yang diketahui, anda kehilangan nutrien, bahan penting dan tenaga anda bila inzal. Mengeluarkan air mani berlebihan bukan sahaja merbahaya,malahan ianya adalah mala petaka!!! Anda tidak dapat kekal sihat bila kehilangan sebegitu banyak tenaga dan anda juga tidak usah menjangkakan hayat yang panjang menanti anda.
Oleh kerana melancap mudah dilakukan - ramai jugalah yang melakukannya berlebihan dan tidak perasan bahawa mereka menghabiskan tenaga hayat mereka. Melancap bukanlah soal prinsip moral; ia adalah suatu kenyataan saintifik yang perlu difahami dengan matang.
Anda dapat membezakan mereka yang melancap secara berlebih daripada mereka yang tidak - dengan melihat warna kulit mereka, yang mana biasanya sangat pudar. Mata mereka kerapkali malap akibat kehabisan tenaga. Pendapat mereka lembap, mereka kurang cita-cita, dan mereka selalunya stress. Semua ini akibat daripada melancap berlebihan.
Menurut cerita orang tua-tua, melancap akan menimbulkan kebutaan,kehilangan ingatan, dan masalah akal. Kehilangan tenaga batin menjejas kelenjar pituitary, yang mana mengawal fungsi ingatan. Kadar metabolisme dan edaran darah akan terjejas menyebabkan kelemahan tubuh luar dan dalaman.
Bagaimanapun perbuatan mengurut zakar dengan kadar dan tatacara tertentu seperti kaedah yang disyorkan dalam risalah Minyak Lintah Tapa dapat membantu memberi keseimbangan kepada pengamalnya kerana urutan dalam kiraan yang seimbang adalah penting dalam memulihkan tenaga dan otot serta organ dalaman. Dalam masyarakat Tao lama - urut reflexology ke atas zakar, selain
daripada faedah kesihatan, juga dilakukan untuk kelazatan - tapi dengan syarat tidak mengeluarkan air mani!
Melancap: Wanita
Kita telah membincangkan mengenai rangsangan yang tidak seimbang apabila lelaki melancap. Perkara yang sama juga berlaku di kalangan kaum wanita.Bila mereka melancap rangsangan tertumpu kepada kelentit serta bibir luar faraj, dan kurang perhatian kepada saluran faraj dan bahagian yang lebih dalam ( mungkin takut kehilangan dara atau mencederakan bagian dalam )
Menurut kaedah reflexology kedudukan zon faraj dan organ yang berkaitannya adalah dalam keadaan terbalik.
Perhatikan bagaimana zon mulut faraj bersamaan dengan organ buah pinggang,zon liang faraj dengan organ pankreas, hati dan setrusnya zon pangkal faraj dengan organ paru-paru dan jantung.m suatu senggama yang baik, batang zakar harus masuk sampai ke lubuk faraj dan mengurut setiap penjuru atau pelosok ( atau dalam buku Permata Yang Hilang - di sebut makam yang lima itu)
Hakikat dalam persetubuhan ialah menyatukan dua tubuh yang berlainan seks,di mana keseluruhan zakar dan faraj bertemu pada zon reflexology yang sepadan. Kelentit bertemu pangkal zakar : menyatukan fungsi organ buah pinggang. Batang bertemu liang faraj : menyatukan fungsi organ pankreas dan hati. Kepala zakar bertemu pangkal rahim : menyatukan fungsi organ paru-paru dan jantung. Dua insan menjadi satu - per-satu-tubuh !!!
[ Nota: oleh kerana itu, adalah salah untuk meliwat - baik lelaki maupun perempuan, kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh manusia]
Apabila seorang wanita melancap dalam suatu cara yang tidak seimbang,iaitu, secara sama rata merangsang seluruh kawasan vaginal, kelemahan di dalam buah pinggang dan saluran kencing, tekanan darah tinggi, simpanan berlebihan bendalir badan (body fluid retention), haid tidak tetap, dan banyak lagi masalah boleh terjadi.
Malangnya, adalah mustahil bagi wanita untuk melancap dengan seimbang tanpa kehilangan dara. Maka kerana itulah dalam tradisi Islam, melancap adalah haram dilakukan.
Ramai para wanita, ketika mereka melancap dengan merangsang kelentit,mengadu bahawa mereka hendak kencing. Kelentit terletak di pintu masuk kefaraj, di mana beradanya zon reflexology untuk buah pinggang dan pundi.Ketika mereka merangsang kelentit, mereka tidak tahu bahawa mereka merangsang organ buah pinggang dan pundi mereka.
Wanita lesbian atau wanita yang kuat melancap akan lebih banyak menyimpan bendalir badan dan menyebabkan masalah berat badan berlebihan. Ini adalah kerana rangsangan seks, yang tertumpu pada kawasan kelentit, melemahkan buah pinggang akibat rangsangan yang berlebihan dan mengurangkan keupayaannya untuk menuras bendalir badan.
Jadi jika pasangan anda berbadan agak gempal, dan mempunyai masalah berat badan (gemuk) dan sering merungut kenapa mereka tidak dapat menurunkannya meskipun kuat diet - barangkali kekerapan merancap adalah masalah yang sebenar. Pandai-pandailah anda "merawat" pasangan anda itu !!!
Wanita mempunyai kelebihan semasa hubungan seksual. Mereka boleh mencapai orgasama tanpa kehilangan tenaga, nutrien penting. Kerana air mani mereka tidak mempunyai persamaan air mani lelaki dari segi kandungannya. Apa yang merbahaya untuk wanita adalah kehilangan darah melalui haid.
Kelebihan Istighfar
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
Hadis di atas jelas nyata menunjukkan Tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa.
Sedangkan Nabi juga sentiasa beristighfar seperti dalam hadis ini:
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi:
“Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.”(Hadis Riwayat Abu Dawud, Turmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Turmidzi)
Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.
Terdapat dua jenis musibah, yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita, atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayang kita, dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan.
Kerana kita akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti mana firman Allah :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)
Tetapi bagi Musibah azab, inilah yang paling dahsyat, jika kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab, seperti mana firmanNya:
“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).
Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).
“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136).
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)
Demikian telah jelas dan nyata, bahawa dengan bertaubat, insyaAllah akan dikurniakan rahmat dariNya. Kita lihat kembali hadis sebelum ini :
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”.(Riwayat Al-Imam Abi Daud).
InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.
Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.
Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”
Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Tuesday, 31 July 2012
Wednesday, 30 May 2012
Rahsia Al-Quran tentang US WTC
Tragedi WTC September 11 ada dalam Al-Quran Surah At-Taubah???
Dalam Al-Quran Surah At-Taubah : 109. "Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaanNya itu yang baik, atau orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orangt-orang yang zalim"
Disitu disebutkan keruntuhan bangunan kerana yang mendirikannya adalah orang- orang yang zalim. WTC yang runtuh di Kota New York pada 11/9/2001 berada di jalan JERF HAR telah disebutkan pada kalimah "JURUFIN HAR" dalam ayat 109 : At-Taubah yang membawa maksud mengikut tafsir ulama sebagai "ditepi jurang yang runtuh" ternyata adalah nama sebuah jalan di kota New York tadi, JERF HAR.
Surah At-Taubah terletak pada Juzuk 11 menunjukkan tarikh 11 haribulan kejadian tersebut. Sedangkan angka 9 yang menunjukkan bulan September bersamaan dengan kedudukan Surah At-Taubah pada surah yang ke 9 mengikut urutan surah Al-Quran.
Ayat 109. ternyata jumlah tingkat di WTC ada 109 tingkat.!!! Kejadian tersebut pada tahun 2001, setelah dihitung-hitung jumlah huruf pada Surah At-Taubah ada 2001 ayat!!!
Subhaanallah.. Ternyata Allah telah memberikan khabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh manusia. Inikah mukjizat Al-Quran? Yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang. Renung-renungkan lah wahai saudara-saudaraku.
Friday, 6 April 2012
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Na kir, maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .......
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5.. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda, ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3.. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Beberapa kata renungan dari Qur'an, pada orang yang tidak melakukan solat:
Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Dzuhur: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Kata Mutiara: Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Wednesday, 4 April 2012
Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa Kita
Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Setiap pagi hadiahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )" nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah SWT.
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris. Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah.. Berusaha dan bertawakal.
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dan sebagainya.. Tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.
Mari kita cuba... Allahhuakhbar!!
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)
Caranya :
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkanlah mereka, murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, dan lindungilah mereka, Amin." (Doa
ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)
Untuk yang sudah meninggal :
"YA ALLAH YA TUHANKU, ampunilah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku/Ibuku ditempat orang2 yang beriman.
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah..
Subscribe to:
Posts (Atom)